Sabtu, 15 Jun 2013

KESABARAN


       2013 Cadillac ATS4 3.6 Premium First Test

Ya..Kesabaran amatlah penting dalam kehidupan kita ini.Jika tiada kesabaran entah apa akan terjadi pada masa dan ketika kesabaran di perlukan.Bagi diriku kesabaran amatlah tipis setipis kulit bawang.Aku sendiri kurang selesa dengan sikap aku yang kurang sabar.Kadang kala keadaan yang membuatkan aku dan kita semua kurang sabar.
Salah satu keadaan yang perlu kita sabar ketika MEMANDU.
Keadaan yg aku tak suka bila ada yang memandu kenderaan acapkali lambat untuk memberi signal untuk masuk selekoh.Mulalah aku bising sebab terpaksa brek mengejut.Satu hal lagi bila tiada kenderaan di hadapan pun dia orang bawa kenderaan slow sesangat.haa..apa lagi mulalah aku duk marah2.Kurang sabar kan aku nie...
Baru-baru ini aku memandu ke taman mutiara.Dihadapan aku ada lori,di belakang aku ada kereta dan sebuah lori.Dengan confident aku beri signal untu memintas lori di hadapan.Aku bergerak ke kanan sedikit tp dengan tak semena-mena datang lori di laluan kanan untuk memintas 3 kenderaan dihadapan termasuk aku.Mujur aku sempat masuk line kembali dan memberi laluan kepada lori tersebut.itu sifat kurang sabar yang menyusahkan orang.kut yer pun nk pintas takkan 3 kenderaan sekaligus abang lori oooiii..Nasib aku sempat bagi laluan,kalau tak dah masuk hospital dengan kau dan aku sefamili..Inilah pengajaran buat aku juga supaya lebih utamakan kesabaran.Dan kepada pemandu semua ingatlah dan utamakanlah pemandu yang lain...Peace.....
                   
                      ......................KESABARAN.........................

Sabtu, 13 April 2013

DELIMA oh DELIMA



Tahukah anda bahawa buah delima mempunyai khasiat yang jarang diketahui oleh kebanyakan orang? Ia adalah buah syurga dan diberitakan di dalam Al-Quran sebanyak 3 kali. Khasiat perubatan delima sudah dijumpai sejak 8000 tahun dahulu oleh masyarakat Parsi Purba (Iran).Buah delima dikatakan buah yang berkat selain daripada buah limau dan pic.
Dalam Islam, buah delima merupakan salah satu buah yang terdapat di dalam syurga yang dikurniakan Allah sebagai rezeki yang boleh dinikmati oleh umat manusia yang menunjukkan tanda- tanda kekuasaanNya sebagaimana yang termaktub dalam firmanNya di dalam surah al An’am ayat 99 dan ayat 141.
Mengikut sejarah, buah delima secara tradisionalnya melambangkan kesuburan. Buah delima telah ditanam di Mesir sebelum zaman Nabi Musa. Ia telah ditemui di lembah Indus pada zaman awal dan terdapat perkataan Sanskrit untuk delima.
Antara Khasiat Buah Delima ialah:
◦Melawan penyakit gout
◦Mengurangkan batuk dan menghilangkan kahak
◦Merawat ‘sinus’
◦Meningkatkan tenaga
◦Menguatkan sistem penghadaman, membersihkan usus dan mengeluarkan keracunan badan
◦Mengatasi penyakit anemia dengan membekalkan zat besi yang secukupnya
◦Menormalkan fungsi hati
◦Menstabilkan peredaran darah
◦Merawat cirit birit, sakit telinga, pandangan kabur, sakit gusi
◦Mencuci darah kotor
◦Antioksida yang tinggi
◦Menstabilkan paras kolesterol
◦Mencegah penyakit jantung
◦Mencegah penyakit barah
◦Merangsang tenaga batin
Jika kita lihat pada khasiat buah delima banyak penyakit yang boleh dirawat melaluinya. Amalan minum pati delima setiap hari akan mengurangkan risiko penyakit yang berbahaya
Jadi marilah kita amalkan makan pati delima.
Berminat?
Ini email sy: ida_aries_ali@yahoo.com